29 November 2011

Luahan Perasaan : Bas oh bas

Cuti panjang baru ni, kin balik kuantan tp terpakse naik bas. parent kin risau kin drive sorang2, sbb skrg musim hujan non-stop kat kuantan. Honestly, kin mmg x suke naik bas, bazir mase kot... tp sebagai anak yang patuh pada arahan ibu bapa, :P :P pas keje ari sabtu terus la rush pegi pudu. kebetulan sampai2 pudu dgr ade sorang mamat bas ni jerit2 "Kuantannn Kuantannnn..sekaranggg" .. ok cun! Kononnye dapat naik the-earliest bus lahhhhh katekan.. meh layan sesi luahan 'kenapa gua tak suke naik bas' sambil2 tu layan gambaq meh~ 


Sape ckp malang tak berbau?? ok, ni bukan nk jadi racist ke ape yer. tp mmg kebetulan 2 org mamat bangladesh naik and duduk betul2 belakang seat aku.. aku totally tak kisah pn derang nk duk depan ke belakang ke tepi ker.. tpppp bau mereka.. ya rabbi.. bas blum jalan aku da loya sorang2 kt dlm bas. maka peribahasa 'malang tak berbau' itu sepertinya perlu dituka. :P kebetulan ade 2 awek filipino duduk belakang seat mamat bangladesh tu, agaknya derang pon da ala2 pening gile kot, so minah 2 org tu pakat spray perfume byk giloss! ok tahan la kejap utk 5-6 minit. baru sedut udara nyaman, tetibe bau tu datang balik. adoi mak. pastu godek2 handbag, dannnnnn.... 


Tadaaaaaaaaa.. ade sample perfume tp handbag. muahahahaha. maka, malang saye dah berbau wangi sikit. :p so tiap 1 jam aku tonyoh perfume tu kt tangan, tudung, tp langsir ngan kusyen. hahaha. bleh dah bernapas sikit.


So bas pon jalan meninggalkan pudu. yayyyy.. tup tup.. ehhhh? oooh derang nk masuk pekeliling dlu. ok fine. maybe nak amek org kejap kt sane.. last2 pukul 3 baruuu gerak dr pekeliling.. 



Pas tu bleh plak benti isi minyak dekat Petronas Gombak yg sebelum sampai tol tu. Lameee giler plak tu.. gua ati dah panassss.. 


At the end.. selamat sampai kuantan 6.45 petang. bayangkan yerrr 1.30 -> 6.45 ptg. T_____T  klau drive td, agaknya da boleh sampai ke Kelantan dah tau!


Ni plak gamba semalam. mase ayah kin anta pegi bas station. Kuantan mmg dalam kesejukkan okay. Musim hujan lebat sangat2.



Naik2 je bas  pukul 1.30 jugak kali ni.. seat guaaa paling belakangggg sekali. Hohoho. Mule2 rase suke, sbb first time dpt seat paling belakang. :p tapi.... 


Baru jalan 3 minit, aku da pening. Melambung2 tiap kali bas tu langgar lubang eventho sikit jer pon. Tp effect kat sape yang dok belakang, macam dea langgar ape je lg. T____T dah tu plak, rase gayat semacam bile dok seat paling blakang ni. Sikit pon tak dpt chance nk tido2.. Kecut perut!


And again, we all facing the heavy rain. And the trip.. was even scary than before. Gayat giloss! Bape kali bas ni macam nk tergelicir okeh! Aku da mengucap 2-3 kali dalam bas ni. Ntah apesal rase gayat siap rase melambung2 semacam bile dok belakang? Orang lain rase camtu jugak ke klau dpt seat paling belakang? Ke sebab berat i ni terlalu 'ringan' sbb tu senang terlambung2.. :p :p :p


Bile hujan dah berenti.. we all facing this crazy traffic jam. Ni mase area2 nak kuar gombak da actually. So kin igt ni jam sbb kan tol, but it actually not! Jam teruk ni sbb sume kete SLOW DOWN sebab ade 1 accident at the side of the highway, and lepas je kawasan accident tu.. the road get smooth jerr. mmg 'adat' masyarakat kite, pantang nampak accident sume slow-moooo jerrr. At the end, selamat sampai Pekeliling tepat pukul 5.50 petang.  Ok dah abis luahan perasaan yang tak berapa nak luah ni. Mase nak mulekan tugas di opis tercinta! Kbai. 

21 November 2011

Biar gamba berbicara. Chewah!

Berikut adalah barisan gamba penyebab kenape saya tak mampu nak online malam ni. Selamat malam Malaysia. Selamat malam HarimauMuda. Gua sayang sama u'olls! XOXO.
 
Tak sia2 spend time 120 minit tgk bola depan laptop, tu belum masuk time penalty. Sanggup tahan tamo pegi toilet, tamo angkat phone, tamo reply sape2 yg dok YM2. Hahahaha. Jantung da bape kali nak gugur. Tekak da perit giler. Suare pon kejap ade kejap tade dah ni. Tekanan darah ni ade kot cecah 160. Tapi takpe, I am proud to be Malaysian. 

 
 

14 November 2011

Review : Bubba Gump Shrimp Co


Semalam kan... first time kan.. kin kan... pegi kann.. makan kan... dekat kannn.. Bubba Gump Shrimp Co.! Hehehe! Tulis kene gedik sikit.. sbb mood sonok sangat semalam tak abis lg.. but memang betul pon.. kin first time gi makan kat situ. Before ni tak penah tergerak hati nak gi sane sebab dah sah2 restaurant tu tulis "Bubba Gump Shrimp Co." and kin pulak allergy seafood. Tp ade la sorang minah ni, best friend kin ni ha dok tergedik2 suggest kat kin celebrate birthday kawan kin kat sane. :p And minah tu ckp, situ pon ade menu ayam.. Kin ni mmg stock muke hari2 makan ayam.. tade binatang lain kin makan, selain ayam.. Hehehe. So, kiteorg plan baikkk punya lah kirenyer.

Sebelum tiba sesi makan, sesi bergambar adalah wajib yer adik2. Layans!!~
View dari luar restaurant Bubba Gump Shrimp Co. Eh wait, did u guys know, actually inspired from a movie in 1994, Forrest Gump. Ala yang cite dea ade laki yang asik lari-lari-lari tu. Kin x penah tau pon, sebab rasenye 1994 tu, kin tak lahir lagi. =D (Salah satu teknik mengaburi umur sebenar anda.)



Oh yer, Kin pegi Bubba Gump yg kat The Curve tu yer adik2.. Location restaurant dea betul2 sebelah Pappa Rich. Ade lg branch lain actually, x silap ade kt Sunway. 

Meh kin cite disebalik motip papan signboard biru "Run Forrest Run" tu yer.. ni cite ikhlas dari budak kampung yg tak penah gi makan kat Bubba Gump. Kin mmg pelik la ape motip letak signboard ni kat each table. Yang kite ni dok jakun, siap main snap2 gamba 3-4 round..

Ok, snap biru dlu lah..sbb mmg awal2 sampai tgk signage tu camtu..

Skali gatal2 la tangan pusing flip signage tu sbb nk snap yg kaler merah. Tp hati still dok terdetik, apekah motif mende alah ni atas meja.. Last2, x sampai bape saat lepas kin snap gamba ni, waiter sane terus dtg "Yes mam, can i take ur order?"... kin plak slamber jer cakap, "i still wait for another 2 person, err i'll call u later ok".. then mamat tu just reply "sure mam~" trus dea flip kan balik signage kin tu jadi biru... mase tu baruuu lah gua tau.. if u flip the signage to 'red' yang ade mention "Stop Forrest Stop", means, korang nak the waiter to stop dekat ur table. Muahahahha saye budak kampung! Mane lah aku tau. T___T So klau gi sane, toksah buat ler buat aksi jerit2 " excuse me..excuse  me!".. Nampak sgt jakun! :P Hehehe.

Some of the menus.

Tu bukti ade menu ayam di sane yer adik2.

Crazy Chicken Cajun~ <3

Garden Salad with chicken. Salad dea sangat fresh. <3

Mama Blue Southern's Charmed Fried Shrimp.. Walaupon sedar diri ni alergic.. curi2 gak makan sekor udang kat sini.. Sedap sampai rase nak nangis.. tp lepas tu mata gua dah start gatai! Tp serious sedappppppp! Udang dea manis sgt.. Aaaa kenape la diri ni alergic dgn binatang ni.. T____T 

Chicken Fingers. And fries2 kat sini adalah sedap! Terase btul ke-fresh-an ubi kat situ. Wah, semakin pandai mengomen makanan, tahun depan bleh jadi Juri MasterChef Malaysia! =D

"That Chocolate Thing", yes tu mmg name menu ni. Sangat heaven kannnn. Tp sebab perut nk bengkak, so tak bleh telan byk2. T__T 

Lakonan trauma + jakun korang memang menjadi, nampak sangat real. :p

So, for the "surprise" birthday thing, ni especially utk sape2 yg teringin nk buat surprise birthday kt member2 lah yer, basically derang kt sini buat ala2 kt TGI Friday buat.. First of all, derang akan bawak kan 1 cup of ice cream siap ade candle gitu~ then the "birthday person" kene diri atas kerusi, buat birthday wish, sing a song, tapi ade additional dance, bertemakan.. "shake-your-booty"... amek kau.. merah2 muke atas kusi! :p Ade je kin rakam video & gamba, tp atas permintaan tuan punya badan, video & gamba2 itu hanya untuk tontonan certain2 orang sahaja. Harap maklum. 


 Sweet la konon! :p Memang korang sweet pon!

Berbalik kepada menu kat sini, so far, kalau drinks, kin berani suggest Mango Sparkler, yang ni mmg sesuai la sbb dea fresh and bila da makan minyak2 ni, u guys sure nak yang cool2 sikit kan.. or try Blueberry Smoothie pon ok.. ade lagi satu smoothie kt sini, ala2 strawberry jer rase, lupe da name dea.. sedap gak.. sbb dea ade mix dgn banana skali..  (Cik Puan Fareeza baru update, name drink tu, Run Forrest Run! :P)

Price.. hurm, kalu sape2 penah makan kt Chili's.. harga lebih kurang cam kat Chili's.. so letak la target sorang dlm RM50 camtu. Sekali sekale pegi makan sane bleh la.. Kalu tiap minggu, harus lah tidak bagi ku~ Unless ade orang sudi dan baik hati lagi dermawan nak belanja~ I tak kisahhhh! =D =D =D I rela youuu~


Ok dah abis da story.. so sape2 yang terliur nak makan udang sedap dan manis dan menyelerakan, bleh la try pegi Bubba Gump Shrimp Co ni.. serious x menyesal punyer. And thanks to Fareeza Amin yang sudi meng-suggestkan tempat yang best ini. 

Cik Puan Fareeza Amin! Dia ni la tukang kasi idea baek punya! Thank you laling!

Location : The Curve, Lot 145, 1st Floor, No. 6, Jalan PJU 7/3
Mutiara Damansara, 47800, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan
Telephone No : 03-7710 9862 and 03-7710 9863
Fax No : 03-7710 9864


* Waiter kat Bubba Gump The Curve, ramai yang Filipino.. and derang ni mmg pandai melayan.. i mmg suka dilayan2.. hehehe.. "Salamat Po, you guys"

10 November 2011

Info Sharing : SLE Penyakit Seribu Wajah

Kat sini kin saje nak share some info tentang SLE (Systemic Lupus Erythematosus), especially pada sape2 yang still confius what is exactly SLE. Kebetulan hari ni kin free sikit kat opis, so mmg mase free kin habiskan dengan buat research pasal SLE, sampai la kin terjumpe article ni. Layanssss~  Sumber : drpakar.blogspot.com & Kosmo


Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tinggal sebulan lagi namun Zakira Adlia Mohd. Zarawi tiba-tiba diserang demam. Bukan sehari dua sebaliknya demam itu berlarutan sehingga tiga minggu. Terdapat juga ruam di tangannya. Doktor yang memeriksa kesihatannya di klinik kemudian merujuk Zakira Adlia ke hospital apabila kesihatannya masih di takuk yang sama.

Selepas dua hari menjalani ujian darah di hospital, dia kemudiannya disahkan mendapat penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE). Sejujurnya pada masa itu, dia sendiri tidak tahu apa reaksi yang hendak diberi. Antara terkejut dengan tidak, dia sebenarnya tidak pernah tahu dan mendengar tentang penyakit itu.

“Saya tak pernah dengar nama penyakit itu sebelum ini. Kerana sakit, saya tidak dapat menghadiri banyak kertas peperiksaan pada masa itu,” kata Zakira Adlia, 19, mengenang kembali saat dia mula menghidap SLE dua tahun lalu. Zakira Adlia yang bakal mengambil peperiksaan SPM sekali lagi pada tahun ini menjelaskan, dia tidak berupaya mengulang semula peperiksaan tahun lalu kerana mengalami sakit-sakit pada sendi, keguguran rambut, sakit perut, kaki dan bengkak pankreas semuanya disebabkan oleh SLE. Dia telah dimasukkan ke wad selama tiga bulan termasuk menjalani pembedahan membuang bengkak di pankreas.

“Sehingga hari ini, saya mesti makan ubat setiap hari. Tidak boleh tertinggal sehari pun. Ubat yang perlu dimakan sangat banyak. Kira-kira 10 jenis ubat yang perlu diambil,” katanya ketika ditemui di pusat beli-belah Sungei Wang, Kuala Lumpur dalam satu program meraikan pesakit SLE baru-baru ini.

Penyakit kronik

SLE ialah penyakit kronik autoimun di mana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tiba-tiba `berubah’ dengan menyerang sel badan atau organ manusia. Dalam kata lain, ia satu gangguan sistem imun membabitkan sistem imun itu sendiri melawan bahagian-bahagian tubuh yang sepatutnya dilindungi.
Erythematosus bererti ruam merah manakala lupus ialah perkataan Latin bagi serigala.
Pada tahun 1851, Dr. Cazenave menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala.

Kemudian, pada tahun 1885, Sir William Osler mengenal pasti bahawa ramai individu yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem badan yang lain. Penyakit tersebut kemudian dinamakan SLE.
Menurut Pakar Perunding Rheumatologi Hospital Putrajaya, Dr. Heselynn Hussein, penyakit ini berlaku secara tiba-tiba kepada seseorang individu dan puncanya tidak diketahui. Ia menjadikan sistem daya tahan tubuh menjadi berkecamuk dan bercelaru.

Jelasnya, penyakit ini menyerang individu secara tiba-tiba dan masa ia menyerang tidak diketahui. Ia mempunyai spektrum yang luas di mana ada pesakit yang mendapat penyakit SLE ringan dan ada yang memperoleh serangan sangat serius. Ia boleh menyerang kulit sahaja dan ia boleh menyerang sendi, buah pinggang, jantung, paru-paru, saraf dan otak.

“Penyakit ini boleh membawa maut kerana SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah,” ujarnya.

Berbicara tentang simptom awal, Heselynn menerangkan penyakit ini tidak mempunyai simptom spesifik dan ia berubah-ubah mengikut individu. Secara umumnya, ada yang menderita demam, mendapat ruam, rambut gugur, sakit sendi, mudah penat dan kemurungan.

“Itulah sebabnya penyakit ini dinamakan penyakit seribu wajah kerana simptomnya berubah-ubah mengikut individu. Adakalanya sukar untuk doktor mengesahkan penyakit ini kerana wujudnya unsur-unsur penyamaran. Misalnya, salah satu simptomnya ialah sakit sendi sedangkan ada banyak lagi penyakit lain yang turut menyebabkan sakit sendi,” ujarnya sambil memberitahu untuk mengesahkan penyakit ini, pesakit yang sudah menampakkan simptom perlu menjalani ujian darah antinuklear antibodi (ANA).

Ruam

Namun begitu, majoriti pesakit dipercayai mula mendapat penyakit ini dengan kemunculan ruam yang dinamakan malar rash atau butterfly rash yang berbentuk kupu-kupu di muka atau bahagian-bahagian tubuh yang lain termasuk di leher, telinga dan kepala.

Pesakit yang terlewat dikesan penyakit ini berisiko maut apabila antibodi berkenaan sudah terlalu aktif dan terus merosakkan sel atau organ badan tanpa disedari.

Heselynn memberitahu, untuk merawat penyakit ini, doktor akan memberikan ubat yang dapat mengurangkan kekuatan antibodi. Rawatan asas atau wajib ialah pengambilan hydroxychloroquine.

“Memang pesakit biasanya perlu makan banyak ubat, tetapi bukan kesemuanya khusus untuk SLE. Memandangkan SLE menyerang organ, maka ada ubat yang perlu diambil untuk melindungi organ tertentu dan ubat steroid. Itu sebabnya ada yang perlu makan banyak ubat,” jelasnya.

Heselynn menegaskan penyakit ini tidak boleh disembuhkan dan ia hanya boleh dikawal. Ubat perlu diambil secara berterusan.

“Pesakit perlu makan ubat seperti yang disarankan doktor. Sebarang perubahan bilangan ubat akan ditentukan oleh doktor. Jangan buat keputusan sendiri untuk berhenti atau mengurangkan bilangan ubat apabila rasa sudah baik sedikit. Pesakit digalakkan menjalani hidup normal seperti biasa,” katanya.

Kebanyakan penghidap SLE berada dalam lingkungan umur di antara 15 tahun hingga 50 tahun. Penyakit ini bagaimanapun boleh menyerang tatkala pesakit mencapai usia akil baligh. Lebih kurang 90 peratus penghidap SLE ialah wanita. Ia mungkin ada kaitan dengan hormon estrogen.

Seorang lagi pesakit, Hazwani Amzan, 21, menghidap SLE sejak berusia 11 tahun. Cerita Hazwani, pada masa itu, dia perlu tinggal di hospital selama sebulan sehingga doktor benar-benar dapat mengesahkan yang dia menghidap SLE.

“Sehingga hari ini, saya masih mengambil ubat seperti yang disyorkan. Mesti makan ubat setiap hari,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pesakit lelaki, Mohd. Izwan Affendy Abdul Latiff, 23, memberitahu, dia mendapat SLE tidak lama selepas menduduki SPM. Dia berkata, simptom yang dialaminya ialah seluruh tubuh termasuk matanya menjadi kekuningan seperti kehilangan banyak darah merah.

“Doktor pun pelik sebab jarang lelaki dapat SLE,” ujarnya.



* Hari ni dah masuk hari ke-51 adik kin a.k.a abang koma. Semoga abang cepat sedar & sihat seperti dlu. We all miss u. =)

08 November 2011

Entry Gamba Atas Jalan

Cuti 2 hari jer mane cukup. Stuck kat highway jer dah buat gua panas hati! Tamo cakap banyak. Meh layan gamba jer boleh?

Ni mase elok2 jer kuar Tol Gombak. Merangkak yer adik2! Speed memang antara 10-20 km/j jer la yer. Klau bleh cecah 50km/j tu dah rase champion giler!

Bile hati da semakin panas, mase ni la elok buat sesi karaoke sorang2 dalam kete bermula. Bukak radio, tunggu lagu best kuar, pastu feeling nyanyi kuat2 dalam kete. Pastu duk main tuka2 channel, bleh plak kuar lagu Amelina.. T_______T saje nak kasi panas hati tauuu!

Last2 masuk Tol Karak, aman damai jerrrrr jalan. Ape kes? Sangkut dari KL ke Karak sampai 2 jam lebih. So secara rasmi, sampai umah dekat 4 jam yer adik2! Pecah rekod btul lah! Selalunya 2 jam je. T___T

 

Semalam plak.. dari Kuantan, Kin rempit sikit la kat highway karak tu, konon nak avoid jam. Jalan Kuantan - Karak, kete mmg banyak, tp perjalanan agak smooth gitu. Sampai la ke Bentong, nampak ok lagi. 

Sampai jer dekat2 nak kuar Tol Bentung.. T_____T rase nak gigit stering! 

So kesimpulannya, bila da tau time2 musim orang ramai bercuti2 Malaysia ni, ni adalah tips sebelum mulakan berjalanan yer adik2. Prepare la segala makan minum dalam kete, pegi isi minyak penuh2, pegi toilet awal2, sbb jgn berangan la korang nak pegi R&R.. beratur sampai luar toilet yer adik2, adalah lebih afdal kalau ade Touch n' Go atau SmartTag. :p Hehe. Selamat kembali bertugas, u'olls! 

 

*Sorry ler tak mampu nak upload gamba di pagi raya, hanye mampu upload gamba atas jalan raya. Kire mood raya la jugak tu kan? 

02 November 2011

Cayalah Ibu!

Arini suppose buat entry Wordless Wednesday, tapi kin lagi excited nak story2 dgn korang.. sejak abang dibawa balik ke rumah, ibu ngan ayah kin la yang bertungkus lumus menjaga abang setiap mase. dulu mase kin ade kat rumah, ringan sikit la kerja derang. tp skrg da kat KL, berat sikit la tugas tu. Apetah lg setiap kali abang start tersedak, and ade bunyi kahak.. ia memerlukan kteorg tu start buat Tracheal Suction.. sape2 yang penah ade experience jaga orang koma maybe tau la macam mane 'kerja' tu.. sepanjang kt hospital, kin je yang berani buat Suction tu, bile da bawak balik rumah, kin ajar ayah how to do it. Cume ibu, bila setiap kali suruh belajar and try buat, dia nangis.. ibu mmg x sampai hati nak buat, sbb dea tgk abang mcm sakit sgt setiap kali buat Tracheal Suction . Tracheal Suction ni actually nampak mmg menyakitkan abang, tp klau tak buat, abang akan lg susah nk bernafas. Sini kin share kan link Tracheal Suction Guidelines utk sape2 yang dok blur2, apekah Tracheal Suction itu. :p


So sejak kin kat KL, ibu akan make sure ayah buat Tracheal Suction sebelum pegi kerja. Cume hari ni, mmg pecah record lah kirenya.. tepat pukul 11, abang start macam tersedak, ibu biase la kan, panic terus call ayah suruh balik cepat.. tp by the time ayah nak sampai, ibu tgk abang da start batuk pulak, so nak tak nak, ibu gagahkan diri buat Tracheal Suction kt abang. And she done it well. By the time ayah sampai rumah, kerja ibu pon da hampir settle. Cayalah ibu. Tak semua orang berani nk buat Tracheal Suction , apetah lg kt anak sendiri. But my mom done it so well. Bangga tau!

Honestly, kin kesian sgt dgn parent kin, hanya 2 orang jaga abang memang tak cukup. Klau bleh nak hire 2-3 orang nurse duk kat rumah tu skali. Nakkkk jer kin menganggur 2-3 bulan jage abang, tp ayah kin x kasi. Baru2 ni derang suppose pegi Indonesia.. tp derang sanggup burn ticket flight sume tu. Condition abang walaupon nampak stabil, tp still kena monitor 24 jam. Harap makin hari makin banyak improvement yer bang. See you this Saturday!~